Thursday, September 10, 2009

Tongkat Ali..... dadah terlarang

Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali /Pasak Bumi)

Datuk Dr Ramlan Abdul Azizi, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), berkata kerana mahu 'kuat' ramai atlit negara berisiko 'terjerat' andai terus mengamalkan pengambilan air atau kapsul penambah tenaga Tongkat Ali atau bahan lain tanpa mendapat rujukan pakar dan pihak perubatan. Masalah yang sering timbul di kalangan atlit negara adalah mereka gemar mencari jalan pintas dan membuat keputusan sendiri. Sering berlaku mereka lebih percaya kepada pandangan orang luar yang bukan pakar mengenai sesuatu termasuk Tongkat Ali menyebabkan mereka terjerat. Dua sebab mengapa atlit perlu menjauhi Tongkat Ali, walaupun tumbuhan yang terkenal dalam perubatan tradisi itu, tidak secara rasmi dikategorikan sebagai dadah terlarang.
PERTAMA, Tongkat Ali kebiasaannya digunakan oleh mereka yang lemah syahwat jadi apakah syahwat mempunyai kaitan dengan keperluan atlit beraksi dalam acara mereka.

KEDUA, Tongkat Ali mempunyai bahan yang boleh meningkatkan tahap hormon testosterone dalam badan dan berisiko menyebabkan nisbah tahap testosterone dengan epitestosterone atlit melebihi paras 4:1 seperti yang ditetapkan Agensi Anti Doping Antarabangsa (Wada).

ISN menjalankan beberapa penyelidikan perintis mengenai kebaikan dan keburukan pengambilan Tongkat Ali di kalangan atlit selepas ada di antara mereka tampil mendakwa kelebihan ubat tradisi itu. "Tiga sampel yang diambil, didapati dua positif mengandungi steroid dan dadah perangsang membuktikan pengeluar tidak jujur dalam mengeluarkan produk mereka. "Pada satu lagi sampel berbentuk kapsul, didapati ia mungkin asli, tetapi bimbang pengambilan produk itu akan menyebabkan paras testosterone menjadi tinggi melebihi nisbah 4:1 itu. Arahan telah dikeluarkan kepada jurulatih dan atlit untuk mengelak daripada menggunakan Tongkat Ali.

ISN belum bercadang untuk menyelidik Kacip Fatimah, satu lagi penguat tenaga tradisi Melayu yang sering dikaitkan dengan wanita.

Sumber -http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment