Saturday, April 3, 2010

Sukan Sekolah Diperkasa 2011

Kementerian Pelajaran memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun 2011. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
1. Menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum.
2. Pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.
3. Dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.
4. Penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.
5. Peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah.
6.Sukan diajar dalam jadual waktu persekolahan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.
Langkah Kementerian Pelajaran ini satu titik permulaan untuk membangunkan sukan pada peringkat akar umbi terutamanya di sekolah. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu sokongan dan komitmen penuh daripada pihak pentadbir sekolah, di samping guru-guru yang diberi kepercayaan mengendalikan/mengajar sukan tersebut. Selain itu, kita juga perlu mengambil kira semua aspek yang pelajar perlukan supaya langkah pembangunan sukan tercapai sepenuhnya.

Saturday, February 20, 2010

Pegawai Teknik Balapan dan Padang yang baik

Tanggungjawab asas setiap pegawai adalah untuk memberi seseorang atlit peluang mencapai percubaan mereka yang terbaik, dalam satu pertandingan yang adil, tanpa sesiapa pun memperolehi sebarang keuntungan atau mengalami sebarang kerugian

TanggungjaTebalwab
1. Atlit-atlit yang bertanding hendaklah yang dipentingkan / diutamakan.
2. Pastikan pertandingan berjalan dengan adil, jangan semata-mata ‘menangkap’ peserta semata-mata untuk mencari kesalahan peserta.
3. Layan semua peserta dengan saksama dan jangan berat sebelah.
4. Jangan bersikap bengis atau garang, ini akan mengganggu ketenteraman para atlit.
5. Pastikan acara berjalan mengikut jadual.

Kualiti Pegawai Teknik/Balapan
1. Berbudi bicara dan bersopan.
2. Mempunyai konsentrasi yang tinggi
3. Bertindakbalas dengan cepat.
4. Membuat keputusan dengan cepat, ringkas dan tepat.
5. Berpengetahuan.
6. Memahami keperluan seseorang atlit.
7. Sabar.

Pegawai-Pegawai Kejohanan Balapan dan Padang

Pegawai Pengurusan
Pengarah Pertandingan
Pengurus kejohanan

Pengurus Teknik Setiausaha Kejohanan
Juri Rayuan ( bilangan ganjil termasuk setiausaha - 3 atau 5 orang)

Pegawai Pertandingan
1 Referi balapan 1 Referi padang (@ 2 orang : Balingan dan Lompatan)

1 Referi acara jalan kaki
1 ketua Hakim Acara Balapan (+ 16 hakim balapan)
1 ketua Hakim Acara Padang
1 ketua Hakim jalan kaki (+ 5-6 orang)
1 ketua Pengadil balapan (+ 16 orang)

1 Ketua Penjaga masa (+ 20 penjaga masa)
1 Ketua pencatat pusingan (+ 4 penolong)
Pelepas (1-2 orang)

Penolong pelepas (1-2 orang)
1 Ketua Lompat Jauh ( + 3 Hakim )
1 ketua Lompat Kijang ( + 3 Hakim )
1 ketua Lompat Tinggi ( + 7 Hakim )
1 ketua Lempar Cakera ( + 3 Hakim )
1 ketua Lontar Peluru ( + 3 Hakim )
1 ketua Merejam Lembing ( + 3 Hakim )

Pegawai Tambahan
Juru hebah (2-3 orang)
Statistik (2 orang)

Pengurus Hadiah (4-6 orang)

Kegemilangan Sukan Sekolah

Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah kerana ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM). Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Antaranya;
1. Bahagian Seni, Sukan dan Ko-Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.
2. Kurikulum berhubung sukan perlu dikaji semula bagi menyesuaikan waktu ia dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pembangunan akademik pelajar.
3. Guru terlatih dalam bidang sukan akan diperbanyakkan
4. Pembangunan infrastruktur akan diberikan perhatian.
Beliau berkata, peruntukan Kementerian Pelajaran berjumlah RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah yang diumumkan pada 4 Februari lalu masih belum mencukupi untuk merealisasikan program yang dirancang. Muhyiddin berkata, usaha yang hendak dilaksanakan itu memerlukan masa untuk direalisasikan dan hasilnya tidak dapat dituai dalam masa terdekat.