Tuesday, September 8, 2009


MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Visi:
“Melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia”

Misi:
1.Mempertingkatkan pembangunan sukan prestasi tinggi secara menyeluruh di semua peringkat.
2.Menaikkan imej Negara melalui pencapaian cemerlang atlet di pertandingan sukan peringkat dunia.
3.Memupuk perpaduan dan integrasi nasional serta peningkatan semangat patriotisme.

Objektif:
1. Program pembangunan atlet seharusnya digerakkan dari peringkat
asas agar segala "basic preparation" kepada bakat-bakat sukan tidak diabaikan. Merancang dan melaksanakan secara agresif program pembangunan atlet dari peringkat asas hingga ke peringkat elit.
2. Mempertingkat serta menstrukturkan pembangunan kejurulatihan dan kepegawaian agar dapat menyediakan jurulatih dan pegawai tempatan yang lebih mampan dan berkelayakan.
3. Mempertingkatkan kepimpinan dan pengurusan persatuan sukan sebagai penggerak kepada program pembangunan sukan masing-masing secara berkesan.
4. Mewujudkan struktur pertandingan yang lebih kukuh yang dapat memenuhi keperluan program latihan di semua peringkat.

INSTITUSI SUKAN NEGARA (ISN)


Senator Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan bangunan ISN pada 20 Oktober 1992. Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988. Tujuan Institut ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan, penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan berterusan ke arah mencapai kecemerlangan sukan negara. Institut juga merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan sukan negara.

Visi:
Melahirkan atlet bertaraf dunia dan memangkinkan bangsa Malaysia yang sihat serta aktif melalui penerapan budaya bersukan.

Misi:
Mengenalpasti, mengukuh dan meningkatkan kecemerlangan atlet menerusi aplikasi saintifik.

Motto :
Pemangkin Kecemerlangan Sukan

Objektif :
1. ISN sebagai pusat kecemerlangan atlet negara.
2. Menyediakan perkhidmatan perubatan dan sains sukan berkualiti.
3. Membangun kurikulum sains sukan bagi meningkatkan mutu pendidikan jurulatih.
4. Menubuhkan pusat maklumat yang mengumpul, menyimpan dan menyebar maklumat berkaitan sukan.
5. Bekerjasama dengan universiti dan institusi tempatan dan antarabangsa dalam bidang perubatan dan sains sukan.
6. Mengenalpasti bakat kanak-kanak dan atlet muda serta membantu mereka mencapai prestasi optimum.

No comments:

Post a Comment