Sunday, December 13, 2009
SISTEM RESPIRATORI - Salur Pernafasan
Saturday, October 3, 2009
Tips Senaman Yang Selamat
3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
9. Persekitaran tempat senaman: permukaan yang rata, suhu dan kelembapan udara terkawal, kawasan redup/teduh, tempat yang cukup terang.
10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.
13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi: Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
14. Jika anda Gemuk: Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot
Wednesday, September 30, 2009
Prinsip dan Prosedur T.O.T.A.P.S
T = Talk (Bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak !
O = Observe (Melihat Keadaan)
Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa
T = Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.
A = Active Movement (Pergerakan Aktif)
Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dgn segera
P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)
Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius
S = Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.
Sunday, September 20, 2009
Syoknya Memancing
Thursday, September 10, 2009
Tongkat Ali..... dadah terlarang
KEDUA, Tongkat Ali mempunyai bahan yang boleh meningkatkan tahap hormon testosterone dalam badan dan berisiko menyebabkan nisbah tahap testosterone dengan epitestosterone atlit melebihi paras 4:1 seperti yang ditetapkan Agensi Anti Doping Antarabangsa (Wada).
Sumber -http://www.bharian.com.my
Wednesday, September 9, 2009
Jenis-Jenis Dadah
Bahan perubatan untuk menidur/ melegakan kesakitan.
Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan.
Candu
Bahan asas : Getah bunga popi
Nama/Bentuk : Candu, candu mentah, candu masak, tahi candu
Cara pengambilan : dihisap dengan paip, telan, makan
Tanda pengambilan : khayal-halusinasi, euforia-kesugulan, pemikiran/pertimbangan berkurangan
Kesan pengambilan :jangka pendek (mengantuk, badan jadi lemah, gangguan jiwa)
Jangka panjang (ketagihan, lemah fizikal dan mental)
Heroin
Bahan Asas : Acetic, Anhydride, Acetone, Acetic Asid (glacial), Calsium Oxide, Potassium Carbonate, Sadium Carbonate, Sadium Hydroxide, Sadium Hypoclorite
Nama/Bentuk : HeroinNo.3, Heroin No.4, Brown Heroin, Heroin Black Tar
Cara pengambilan : Masuk dalam rokok, dihisap,chasing the dragon, disuntik, dicair
Tanda pengambilan : Muka jadi merah, mata hitam menjadi kecil, tiada pertimbangan, hilang selera makan, bersifat hyperaktif, bertambah risau dan terlalu sensitif, tekanan darah, suhu badan, diameter anak mata mengalami perubahan, keseluruhan penagih mengalami emosi yang negatif.
Kesan pengambilan : jangka pendek (Tanggapan Menjadi kurang terang, tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan menjadi tidak sedar, bingung/ berkela-kuan seperti orang mabuk, Ambil berlebihan kekejangan, tiada wujud muforia, menjadi ketagih, berlebihan kepada dadah pengurusan diri lebih mudah)
Jangka panjang (Hepatitis, Kancing gigi, Keracunan darah, HIV/AIDS)
Morfin
Bahan Asas : Opium Alkaloid
Nama /bentuk : White powder, White stuff, Morfin mentah, Base morfin dan Pil morfin
Cara pengambilan : Dicairkan, Disuntik kedalam pembuluh darah dengan jarum suntikan.
Tanda pengambilan : Pergerakan tidak seimbang, tindakbalas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair, mual/muntah, hilang selera makan
Kesan pengambilan : Jangka pendek (Rasa resah, cirit birit, sakit perut, rasa sejuk, berpeluh Jangka panjang ( HIV/AIDS, gangguan jiwa, lebih dose, mati )
Kodein
Bahan Asas : Opium Alkaloid
Nama/Bentuk : Ubat batuk
sumber : http ://www.adk.gov.com/
Tuesday, September 8, 2009
Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
Objektif:
1. Program pembangunan atlet seharusnya digerakkan dari peringkat asas agar segala "basic preparation" kepada bakat-bakat sukan tidak diabaikan. Merancang dan melaksanakan secara agresif program pembangunan atlet dari peringkat asas hingga ke peringkat elit.
2. Mempertingkat serta menstrukturkan pembangunan kejurulatihan dan kepegawaian agar dapat menyediakan jurulatih dan pegawai tempatan yang lebih mampan dan berkelayakan.
3. Mempertingkatkan kepimpinan dan pengurusan persatuan sukan sebagai penggerak kepada program pembangunan sukan masing-masing secara berkesan.
4. Mewujudkan struktur pertandingan yang lebih kukuh yang dapat memenuhi keperluan program latihan di semua peringkat.
Senator Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan bangunan ISN pada 20 Oktober 1992. Penubuhan Institut ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988. Tujuan Institut ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan sains sukan, perubatan sukan, penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan berterusan ke arah mencapai kecemerlangan sukan negara. Institut juga merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan sukan negara.
Visi:
Melahirkan atlet bertaraf dunia dan memangkinkan bangsa Malaysia yang sihat serta aktif melalui penerapan budaya bersukan.
Mengenalpasti, mengukuh dan meningkatkan kecemerlangan atlet menerusi aplikasi saintifik.
Pemangkin Kecemerlangan Sukan
1. ISN sebagai pusat kecemerlangan atlet negara.
3. Membangun kurikulum sains sukan bagi meningkatkan mutu pendidikan jurulatih.
4. Menubuhkan pusat maklumat yang mengumpul, menyimpan dan menyebar maklumat berkaitan sukan.
5. Bekerjasama dengan universiti dan institusi tempatan dan antarabangsa dalam bidang perubatan dan sains sukan.
6. Mengenalpasti bakat kanak-kanak dan atlet muda serta membantu mereka mencapai prestasi optimum.
Senaman dan Kecergasan
Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan.
Senaman untuk membentuk komponen Kecergasan?
Senaman aerobik adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya selama 20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak kurang dari 120 denyutan seminit.Semasa aktiviti ini dijalankan, seseorang itu perlu mengelakkan dari mengalami kesusahan bernafas. Pertambahan denyutan jantung adalah sesuatu yang dijangka. Denyutan jantung akan terus meningkat tetapi tidak lebih dari 175 denyutan seminit. Orang yang baru memulakan latihan, mungkin mencapai sehingga 125 denyutan seminit.
Senaman latihan tenaga adalah senaman yang dilakukan secara melawan rintangan seperti tekan tubi, angkat dagu (bersenggayut), separa menyangkung (menyangkung sepenuhnya tidak digalakkan), duduk tegak (sit ups). Latihan dengan beban seperti - dumb bells- dan peralatan peralatan gymnasium lain juga membantu pembentukan otot. Semakin besar otot itu semakin kuat otot itu.
Senaman regangan sangat digalakkan selepas setiap aktiviti fizikal. Otot-otot tertentu atau kumpulan otot akan diregangkan perlahan-lahan. Sedikit rasa kurang selesa atau ketegangan akan terasa tetapi tidak sehingga menyakitkan. Regangan dilakukan secara statik tidak kurang dari 15 saat (15-30). Elakkan pergerakan lonjakan semasa regangan dan elakkan dari menahan nafas.
Senaman rutin..
1. Memanaskan badan, seperti: berlari anak atau joging selama 5 hingga 10 minit, berenang 2 hingga 3 pusingan mengikut cara keselesaan masing-masing, berbasikal untuk 5 hingga 10 minit dengan kelajuan rendah
2. Regangan dengan menggunakan otot tertentu
3. Senaman aerobik selama 30 hingga 40 minit
4. Peringkat aerobik, lakukan aktiviti pergerakkan perlahan untuk menurunkan denyutan jantung
5. Latihan kekuatan untuk meningkatkan kekuatan otot
6. Snaman regangan untuk semua kumpulan otot-otot utama
Prinsip FITT (kecergasan)?
F - Frequency ialah kekerapan melakukan senaman.
I - Intensity ialah kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan kadar denyutan jantung anda.
T - Time ialah peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit untuk lebih berkesan).
T - Type ialah jenis senaman yang penting. Beberapa jenis aerobik yang berbeza adalah digalakkan.
Prinsip FITT (kecergasan) dan senaman yang berkala perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Cadangan Senaman dilakukan secara berpusingan. Setiap senaman atau pergerakan itu dikenali sebagai satu ulangan. Setiap pusingan mengandungi 5 hingga 10 ulangan untuk setiap pergerakan. Jumlah ulangan dan pusingan bergantung kepada keupayaan diri sendiri. Boleh meningkatkan pusingan atau jumlah ulangan setiap set bukan dalam masa satu hari tetapi dalam masa seminggu. Sesuaikan tubuh badan anda untuk membina kekuatan secara semula jadi.
Antara aktiviti untuk meningkatkan kecergasan...
Joging , permainan seperti futsal, bola sepak, hoki dan badminton, berjalan kaki, memanjat tembok, mengambil bahagian dalam acara larian, dan berbasikal. Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan secara berkala. Adalah perlu memulakan aktiviti secara perlahan, dengan intensiti dan frekuensi rendah seterusnya ditingkatkan secara perlahan-lahan mengikut keselesaan.