Saturday, April 3, 2010

Sukan Sekolah Diperkasa 2011

Kementerian Pelajaran memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun 2011. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
1. Menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum.
2. Pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.
3. Dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.
4. Penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.
5. Peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah.
6.Sukan diajar dalam jadual waktu persekolahan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.
Langkah Kementerian Pelajaran ini satu titik permulaan untuk membangunkan sukan pada peringkat akar umbi terutamanya di sekolah. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu sokongan dan komitmen penuh daripada pihak pentadbir sekolah, di samping guru-guru yang diberi kepercayaan mengendalikan/mengajar sukan tersebut. Selain itu, kita juga perlu mengambil kira semua aspek yang pelajar perlukan supaya langkah pembangunan sukan tercapai sepenuhnya.

Saturday, February 20, 2010

Pegawai Teknik Balapan dan Padang yang baik

Tanggungjawab asas setiap pegawai adalah untuk memberi seseorang atlit peluang mencapai percubaan mereka yang terbaik, dalam satu pertandingan yang adil, tanpa sesiapa pun memperolehi sebarang keuntungan atau mengalami sebarang kerugian

TanggungjaTebalwab
1. Atlit-atlit yang bertanding hendaklah yang dipentingkan / diutamakan.
2. Pastikan pertandingan berjalan dengan adil, jangan semata-mata ‘menangkap’ peserta semata-mata untuk mencari kesalahan peserta.
3. Layan semua peserta dengan saksama dan jangan berat sebelah.
4. Jangan bersikap bengis atau garang, ini akan mengganggu ketenteraman para atlit.
5. Pastikan acara berjalan mengikut jadual.

Kualiti Pegawai Teknik/Balapan
1. Berbudi bicara dan bersopan.
2. Mempunyai konsentrasi yang tinggi
3. Bertindakbalas dengan cepat.
4. Membuat keputusan dengan cepat, ringkas dan tepat.
5. Berpengetahuan.
6. Memahami keperluan seseorang atlit.
7. Sabar.

Pegawai-Pegawai Kejohanan Balapan dan Padang

Pegawai Pengurusan
Pengarah Pertandingan
Pengurus kejohanan

Pengurus Teknik Setiausaha Kejohanan
Juri Rayuan ( bilangan ganjil termasuk setiausaha - 3 atau 5 orang)

Pegawai Pertandingan
1 Referi balapan 1 Referi padang (@ 2 orang : Balingan dan Lompatan)

1 Referi acara jalan kaki
1 ketua Hakim Acara Balapan (+ 16 hakim balapan)
1 ketua Hakim Acara Padang
1 ketua Hakim jalan kaki (+ 5-6 orang)
1 ketua Pengadil balapan (+ 16 orang)

1 Ketua Penjaga masa (+ 20 penjaga masa)
1 Ketua pencatat pusingan (+ 4 penolong)
Pelepas (1-2 orang)

Penolong pelepas (1-2 orang)
1 Ketua Lompat Jauh ( + 3 Hakim )
1 ketua Lompat Kijang ( + 3 Hakim )
1 ketua Lompat Tinggi ( + 7 Hakim )
1 ketua Lempar Cakera ( + 3 Hakim )
1 ketua Lontar Peluru ( + 3 Hakim )
1 ketua Merejam Lembing ( + 3 Hakim )

Pegawai Tambahan
Juru hebah (2-3 orang)
Statistik (2 orang)

Pengurus Hadiah (4-6 orang)

Kegemilangan Sukan Sekolah

Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah kerana ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM). Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Antaranya;
1. Bahagian Seni, Sukan dan Ko-Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.
2. Kurikulum berhubung sukan perlu dikaji semula bagi menyesuaikan waktu ia dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pembangunan akademik pelajar.
3. Guru terlatih dalam bidang sukan akan diperbanyakkan
4. Pembangunan infrastruktur akan diberikan perhatian.
Beliau berkata, peruntukan Kementerian Pelajaran berjumlah RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah yang diumumkan pada 4 Februari lalu masih belum mencukupi untuk merealisasikan program yang dirancang. Muhyiddin berkata, usaha yang hendak dilaksanakan itu memerlukan masa untuk direalisasikan dan hasilnya tidak dapat dituai dalam masa terdekat.

Sunday, December 13, 2009

SISTEM RESPIRATORI - Salur Pernafasan

Salur Pernafasan merupakan salah satu komponen sistem respiratori. Antara fungsi-fungsi sistem repiratori ialah penghasilan suara. Salur pernafasan terdiri daripada salur nasal, farinks, larinks, trakea, bronkus dan bronkial. Dalam larinks, lipatan vokal merupakan sumber utama penhasilan bunyi. Pergerakan udara yang melepasi, lipatan vokal akan menghasilkan bunyi dan percakapan.



Saturday, October 3, 2009

Tips Senaman Yang Selamat

1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
2. Mulakan senaman dgn perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas. Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit. Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .
3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.
6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami: Ketidakselesaan, sakit dan pening
7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman: setiap pagi (sebelum 8.30 pagi) & petang (selepas pukul 5 petang)
9. Persekitaran tempat senaman: permukaan yang rata, suhu dan kelembapan udara terkawal, kawasan redup/teduh, tempat yang cukup terang.
10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.
11. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman.
12. Jika anda pengidap penyakit Diabetes: Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia (paras glukos rendah). Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki. Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi: Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
14. Jika anda Gemuk: Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot

Wednesday, September 30, 2009

Prinsip dan Prosedur T.O.T.A.P.S

T.O.T.A.P.S adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa

T = Talk (Bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak !

O = Observe (Melihat Keadaan)
Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa

T = Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.


A = Active Movement (Pergerakan Aktif)
Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dgn segera

P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)
Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius

S = Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.